Sunday, 1 January 2012

Nama yang indah...

Hai! Nama saya Aisyah. Nama penuh, Yasmin Nuraisyah. Welcome and arigato sebab sudi tengok blog saya yang tak berapa cantik lagi ceria ini. ( Tak payah lah taip sampai camtuh sekali, kan ? ) Okay, post kali ini saya nak cerita sikit pasal maksud nama saya. Yasmin Nuraisyah= Melur cahaya Aisyah(saya tatau).. Melur. Bunga yang putih lagi harum baunya. Melur, bunga yang memiliki takhta kedua yang saya suka (semasa kecil) selepas bunga mawar. Yasmin. Herm! Dekat-dekat dengan melur kan? Sebab melur kalau translate kepada bahasa inggeris kan jadi jasmine ? kan ? Kenapa ? Tak percaya? Kalau tak percaya, sila rujuk kamus. Hurmm Jasmine, Puteri dalam cerita dongeng.Saya ni boleh la. Comel sedikit.(Sedikit saje). bezanya, mata saya tak selentik wanita Arab dan kulit saya lebih cerah dari Puteri Jasmine. Aisyah. Isteri Rasulullah SAW yang cerdik. KAta orang, wanita haruslah menjadi sehebat Kadijah, dan secerdik Aisyah. Cerdik ? Saya baru mendapat 5A dalam UPSR. Menjadi seperti Khadijah dan Aisyah ? Hurm! Insya-Allah! (bak kata Maher Zain) Alhamdulillah. Terima Kasih Allah kerana memberikan nama yang sangat cantik dan bermakna bagi hamba-Mu ini.

No comments:

Post a Comment