Saturday, 25 February 2012

Penat

   Tadi aku pegi umah atuk aku. Tebas semak-samun and cabut rumput. Penat sangat. Sebagai upah, atuk aku kasi ayam KFC. Apalagi, tersengih-sengihlah adik-adik aku. (Padahal aku makan sampai dua ketul, orang lain seketul je)

Friday, 24 February 2012

Yeye! :D

Alhamdulillah. Akhirnye aku jumpe gak ko, novel yg hilang!:D ( Tajuk : Akukah Cinderella Itu ) Selepas berhempas-pulas dan saban hari mengangis tak henti-henti, akhirnya jumpa jugak. Gembira tak terkata! (Padahal tak buat apa-apa pun. Saje nak kasi gempak siket)

Monday, 16 January 2012

Hari penting dalam sejarah hidupku ( tak penting sangat pun )

Aduh, duh, duh. Sakitnya kaki aku! Dah dua hari aku merentas desa. Semalam sakit sangat kat bahagian peha. Hari ni pun aku rasa sakit tu belum habis lagi. Hari Khamis ni pulak kejohanannya! Aduh.. Aku tanak pegi skolah bleh tak ? Uishh! Ape aku cakap ni ? Kene report ke pengetua nanti baru tau! Hari ni aku dapat surat kebenaran untuk ibubapa bersetuju atau tak untuk membenarkan anak pompuan mereka disuntik untuk HPV. Takutlah... Mesti sakit. Tapi harga dos terlalu mahal. 3dos dah RM1200 dah. Mencegah lebih baik daripada menghidap kan ? kan ? kan ?

Friday, 13 January 2012

Banyaknye Keje RUMAHHHH!!!!

  
Haduiihh. Banyaknye keje rumah. Kene buat nota lah. Peta minda lah. Pastu kene beli banyak kaler penlah. Alah~ maklumlah dah form 1. Uitt. Xknla ade mase aku nk tulis blogkan? meme pun. Aku bukak game fb pun sampai 15 minit je. K. Tata. Time tuk buat Homework.

Tuesday, 10 January 2012

Takde kerja + Sibuk = lama tak buat post baru

Hai !!! Korang ( Padahal takde sorang pon yang follow aku T,T ) mesti tertunggu-tungu post baru dari aku kan ? Maklumlah, orang popular ( perasan ).Aku sekarang ni bukan sahaja sibuk, tapi idea merapu dah takde. Sesapa yang baik hati sila mendermakan ( bukan buah pinggang okay! ) idea merapu yang bernas kepadaku yang takde kerja ni.

Tuesday, 3 January 2012

1'st day in SHAMS


Hari ni first day aku kat SHAMS ( SHAMS = Sheikh Abdul Malek ) Takut, gementar, happy, panik, semua perasaan ada. Apabila kita masuk ke sekolah baru, mesti ada kawan-kawan baru kan ? Tapi, aku malulah. Aku cuma tegur and kawan ngan kawan sekelas ngan kawan sekolah aku( kawan sekolah lama aku dulu ngan kawan sekelas lama aku dulu ) je. Boleh ke camtu ? Boleh la... ye ?...